| | Posted On




PENGENALAN
===================

Definisi Pengurusan Ilmu (Pengurusan Pengetahuan) dinyatakan sebagai kegiatan tersusun dan sistematik dari organisasi dalam rangka memperbaiki keupayaan sesebuah organisasinya. Ia merupakan suatu proses dalam mencipta, mengumpul, menyerap, memanfaat dan mengeksploitasi ilmu. Berbekalkan ilmu pengetahuan sesebuah organisasi pada masa ini mampu bersaing antara satu sama lain. Sebagai organisasi yang tertua dalam mengurus maklumat, perpustakaan juga tidak terkecuali dalam persaingan masa kini. Cabaran utama perpustakaan adalah sejauh mana perkhidmatannya diperlukan oleh masyarakat hari ini. Adakah dengan adanya kemudahan internet tanpa wayar dan enjin pencarian maklumat terkini telah menjadi perpustakaan kurang relevan?

Bidang Pengurusan Ilmu telah lama dikenali oleh profesional maklumat, namun penglibatan golongan ini untuk merealisasikan dalam tugasan masih lagi samar walaupun bidang ini telah diperkenalkan dalam kursus-kursus berkaitan teknologi dan pengurusan maklumat. Adalah diharapkan agar seminar yang diadakan ini, dapat memberi jawapan dalam usaha mendifusikan bidang Pengurusan ilmu ke dalam pengurusan perpustakaan.


OBJEKTIF
===================

Di akhir seminar yang diadakan ini dapat memberi manfaat kepada peserta dalam :

i. Melihat peranan Pengurusan Ilmu serta kepentingannya dalam bidang pengurusan maklumat pada era teknologi maklumat

ii. Memahami hubungkait antara Pengurusan Ilmu dalam pengurusan perpustakaan

iii. Menjana idea baru dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat

iv. Mengaplikasikan Pengurusan Ilmu dalam bidang tugas profesional maklumat



TARIKH & MASA
=====================

10 Februari 2010
8.00 pagi - 5.00 petang




TEMPAT
===================

AUDITORIUM PERPUSTAKAAN
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
LEBUHRAYA TUN RAZAK
26300 KUANTAN, PAHANG

Tel: 09 549 3133
Faks: 09 549 3132


PENCERAMAH
===================

YM PROF. DATO' DR. HAJI RAJA ABDULLAH YAACOB,
Profesor
Fakulti Pengurusan Maklumat,
UiTM Shah Alam

Tajuk:
Pengurusan Ilmu : Trend, Realiti atau Mitos?
(Ceramah 1)


CIK CHE ROSNAH BT. NGAH
Pustakawan
Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah
University Malaysia Terengganu (UMT)

Tajuk:
Adaptasi Pengurusan Ilmu di Persada Akademik Tempatan
(Ceramah 2)


PROF MADYA WAN MASERI BT. WAN MOHAMAD
Pensyarah
Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian
Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Tajuk:
Integrated Knowledge Management System Design
(Ceramah 3)


ENCIK GHAZALI MOHAMED FADZIL
Pengurus
Knowledge Management Center
Bank Negara Malaysia

Tajuk:
BNM as Knowledge - Based Organization
(Ceramah 4)



TENTATIF
===================

(klik untuk paparan lebih jelas)



YURAN
==============

RM 180 (1 peserta)
RM 150 (2 atau lebih peserta)
RM 100 (1 orang pelajar)

(Tidak termasuk penginapan)





BAYARAN
===================

Pembayaran boleh dibuat melalui pesanan tempatan atau bayaran
melalui cek atau bank draft atas nama :

BENDAHARI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
faks atau poskan lampiran bayaran bersama borang pendaftaran kursus ke:-


PERPUSTAKAAN
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
LEBUHRAYA TUN RAZAK
26300 KUANTAN, PAHANG

Tel: 09 549 3133
Faks: 09 549 3132

Pembatalan dan pertukaran

Sekiranya peserta yang telah didaftarkan tidak dapat menghadiri kursus, pertukaran peserta boleh dilakukan tanpa bayaran tambahan.

Bayaran RM100 akan dikenakan sekiranya pembatalan dibuat 7 hari sebelum kursus. Bayaran penuh akan dikenakan sekiranya pembatalan dibuat 3 hari sebelum kursus secara bertulis.

Pihak penganjur mempunyai hak penuh untuk membuat pertukaran tempat, tarikh, penceramah dan isi kandungan kursus.


Tarikh Tutup

Sila hantar borang penyertaan melalui pos atau faks kepada kami sebelum

30 Januari 2010



------------------------------------------------------------------------

PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG, LEBUHRAYA TUN RAZAK, 26300 KUANTAN, PAHANG, Tel:09 549 3131 Faks:09 549 3132